Sabtu, 6 Julai 2013

‘Pengalaman Saya Berkaitan Maaf’


Artikel ini saya dapati dari website yang saya sudah lupa namanya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Maaf kerana tidak memberi kredit kepada pemilik artikel ini.

 ‘Pengalaman Saya Berkaitan Maaf’

Allah swt berfirman: "...Maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah." (Q.S.Asy-Syura : 40)

Entah kenapa dalam beberapa bulan ini saya jadi obses dengan kemaafan. Sikap itu memberi kesan dalam kehidupan saya, mendorong saya mencari lebih banyak maklumat mengenainya.

Apabila orang pandang rendah dengan kita, orang ejek kita, orang perlekeh kan kita,secara automatik apa yang kita buat adalah pertahankan diri.

Rasa marah timbul sebab kita mahu pertahankan diri kita. Marah adalah respon kita kepada sikap buruk orang lain. Kita mahu tegakkan fakta sebab kita tidak mahu dipandang rendah, diperlekeh, di ejek juga dipermain-mainkan.

Ini terjadi kepada saya sendiri. Ia berlaku sepanjang masa. Dalam dunia realiti, saya seorang lelaki pendiam, tidak banyak cakap dan hanya tahu berdamping dengan komputer lebih banyak dari bergaul dengan manusia. Maka sebab itulah orang lain selalu permainkan saya, memperbodohkan saya dan mengejek saya. They always make fun of me.

Mulanya hati saya panas membara. Iyalah, siapa tidak marah apabila dipermain-mainkan sebegitu selah-olah harga diri tidak ada. Saya diperlekeh dan idea-idea saya dipandang sinis bahkan dicebikkan bibir pula menjadikan hati panas membara.

Saya perasan situasi sekeliling saya jadi lebih negatif apabila saya beremosi negatif - marah, sakit hati, sebab tidak suka perangai mereka. Saya tekad mahu ubah keadaan itu, lalu saya berjumpa buku mengenai kemaafan. Ia benar-benar miracle, jawapan kepada doa-doa saya.

Apabila saya belajar bagaimana untuk memaafkan, melupakan kemudian let go situasi-situasi yang menyakitkan hati itu, keajaiban mula berlaku. Kawan-kawan ini berubah. Mereka biarkan saja saya bersendirian. Mereka tidak ganggu saya lagi. Mereka tidak tertawakan saya lagi.

Lebih menghairankan, mereka tiba-tiba jadi lebih sibuk daripada syaa hingga fikiran mereka tertekan sebab banyak kerja berbanding saya. Ini berlaku tiga hingga empat hari selepas saya mengamalkan kemaafan sepenuh hati. Mereka biarkan saja saya sebab mereka sudah tidak ada masa untuk mentertawakan saya sepertimana dulu. Mereka selalu dimarah dan selalu disindir-sindir sebab lambat menyiapkan kerja kerana asyik merokok serta berbual-bual kosong mengenai kereta, futsal, memancing dan perlumbaan.

Forgiveness ada impak tersendiri. Saya mengalami kesannya di depan mata dan saya lalui sendiri keajabaian dari mengamalkannya. Apabila saya membuka tafsir Al-Quran dan mencari dalil tentang kemaafan, saya menemui ayat berikut...

“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.” (Surah al-A’raf ayat 199).

Kemaafan membuat energi positif berada di sekeliling saya dan energi itu membuat situasi kehidupan saya berubah. Sebenarnya tidak ada seorang pun kawan-kawan saya yang berfikiran positif serta yang selalu bersangka baik. Kesan dari situ saya dijauhkan dari mereka sebab energi kami tidak sekata.

Insan energi negatif akan mencari insan yang berenergi negatif menjadi dekat dengannya sebab gelombang fikiran mereka sama. Begitulah yang terjadi pada kawan-kawan saya ini. Bukan saya yang melabel mereka ini negatif tapi perkataan mereka dan buah fikiran mereka menyatakan begitu. Mereka selalu bersangka buruk, skeptik, selalu memberi respon buruk pada apa yang dilihat, didengar, dibaca.

Untuk menjaga energi positif saya gunakan kemaafan bagi membasuh rasa sakit hati, dendam serta marah kerana sikap mereka. Maaf saya gunakan untuk menetralkan marah saya serta negatif saya yang wujud di dalam hati.

Secara detail, saya marah sebab saya dipandang rendah, saya marah sebab diperlekeh, saya marah sebab idea-idea saya ditolak mentah-mentah, saya marah sebab kerajinan saya tidak dihargai.

Sukar untuk memaafkan semua itu sebab hati saya tidak mahu lepaskan. Ego mendorong saya untuk sentiasa mengingati semuanya. Lalu saya terus melatih hati sendiri untuk memberi maaf, beri maaf, beri maaf. Lama kelamaan saya dapat memberi maaf seikhlas hati tanpa dipaksa-paksa. Apabila saya sakit hati secara automatik rasa kemaafan itu timbul sebab hati saya sudah dibiasakan memberi maaf. Sebuah sikap baru memberlukan sedikit latihan berterusan untuk jadi terbiasa dengannya. Begitu juga dengan sikap memberi maaf ini.

Amalan memberi maaf membuahkan kelegaan di hati saya sebab fikiran sudah tidak terbeban memikir sikap kawan-kawan yang negatif. Saya tidak merasa penat memikir mereka, bahkan merasa gembira menjalani hidup. Saya makin optimis, rasa bahagia timbul.

Saya dapati saya sukar untuk memberi maaf kerana fikiran saya sudah terbiasa mengingat situasi-situasi yang menyakitkan hati saya. Situasi itu dimainkan berulang-ulang di fikiran. Ia menjadi mantra dalam diam yang sukar untuk dibuang sebab saya selalu ingat. Ingat serta terus ingat.

Kemaafan perlu dibuat selalu supaya hati terbiasa, supaya fikiran terbiasa. Hati dan fikiran kita ini mengikut apa yang kita fokuskan selalu. What you focus on, you bring it on.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan