Jumaat, 5 Julai 2013

Lampu Trafik baru

Alkisah lampu trafik baru…

Di jalan menuju ke Kuantan telah diwujudkan satu lampu trafik baru untuk menyenangkan kereta memasuki Sungai Isap di jalan menghala ke Kuala Lumpur.

Seorang anak muda yang sudah lama tidak melalui jalan itu merungut pada ayah angkatnya ketika melalui jalan itu.

“Trafik light baru ini ayah menyusahkan. Sekarang buat jam sampai Permatang Badak. Alangkah baiknya kalau se...
perti dulu, tiada trafik light, straight saja terus sampai Kuantan,” rungut anak muda itu ketika membawa ayah dan mak angkatnya ke klinik di tepi Tunas Manja 1km daripada lampu trafik tersebut.

Setibanya di klinik, jururawat meminta mak angkat untuk pulang sejam kemudian kerana ada 7 lagi pesakit di hadapannya untuk bertemu dengan doktor yang satu.

Ayah akan mencadangkan untuk pergi meminum air kelapa di gerai-gerai berdekatan sambil menunggu masa berlalu.

Pusing-pusing di sekitar Sg Isap, tiada air kelapa yang dijumpai, akhirnya mereka bertiga berpusing balik ke jalan besar menghala balik ke Kuantan dan singgah di sebuah gerai 500m daripada lampu trafik yang dirungut tadi.

Setelah selesai minum dan masa menghampiri satu jam, mereka bertiga beredar menuju ke klinik.

Ketika ingin keluar ke jalan besar, terdapat banyak kereta sehingga anak muda itu susah nak keluar.

“Nasib baik ada lampu trafik. Tunggu sekejap, anakanda boleh keluar bila lampu menjadi merah,” kata ayah angkatnya sambil menepuk manja belakang anak angkatnya.

Anak angkatnya tergelak dan mencuit lesung pipit ayah angkatnya.

“Ayah ini memang pandai. Diam-diam ayah tunggu masa yang sesuai untuk sampai mesej pada anakanda. Memang hebat ayah saya sebagai ustaz,” balas anak mudanya sambil ketiga-tiganya bergerak.

“Mestilah. Tadi anakanda marah, ayah berhujah kata lampu trafik itu ada baiknya pun tak guna. Kena tunggu masa sesuai, baru boleh makan dalam. Senyum,” kata ayah angkat sambil mengusap belakang kepala anak angkatnya.

Dapat cerita tersirat?

Senyum.
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan