Sabtu, 6 Julai 2013

Bila Buat baik...

Buat baik mesti dibalas baik - ini satu harapan yang selalu menjurus pada kekecewaan kerana keikhlasan membantu dengan harapan dibalas kebaikan.

Buat baik dibalas baik - ini satu logik yang ditanam di minda, akan berasa kecewa sekiranya sebaliknya berlaku.

Buat baik dibalas jahat - ini satu logik orang yang berfikiran negatif, kerana terlupa bahawa berbuat kebaikan adalah demi Allah bukan demi o...
rang yang kita bantu.

Buat baik berpada-pada, jangan harapkan balasan - ini petanda kematangan dan ketinggian ilmu seseorang dalam kehidupan-nya dan kedalaman pemahaman agamanya di mana setiap kebaikan yang dilakukan adalah untuk Allah dan pahala di akhirat.

Buat jahat jangan sekali - ini petanda orang yang selalu mengingati bahawa Allah memerhati gerak-gerinya. Siapakah anda? Senyum.
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan