Rabu, 10 Julai 2013

Hamba Harta

Saya mengenal seorang pedagang besar. Dia adalah orang yang sangat kikir, menggenggam erat harta kekayaannya dan terlalu tamak di dalam mengumpulkan harta kekayaan. Selain itu, dia juga memiliki perilaku yang buruk. Malahan dia sanggup menghukum para kakitangan yang bekerja dengannya hanya kerana sesuatu yang sangat remeh dan tidak berharga. Dia juga terlalu kedekut terhadap anak isterinya.
 
Suatu hari, dia terkena penyakit lumpuh. Dia sentiasa duduk di atas kerusi roda di depan kedainya. Setiap kali ada pengemis datang, dia terus mengherdiknya. Dia pun tidak mahu menjawab salam daripada orang lain kerana kesombongannya yang berlebihan. Pada satu ketika, dia pergi berubat ke suatu tempat untuk menyembuhkan penyakit lumpuhnya. Namun dia meninggal secara mengejut di tempat yang asing dan jauh daripada sanak saudaranya. Ada seorang yang jujur dan dapat dipercayai menceritakan kepada saya bahawa merekalah yang membelikan kain untuk membalut jasadnya.

Ternyata harta kekayaan yang dia kumpulkan dan simpan selama hayatnya langsung tidak dapat memberikan pertolongan. Malahan kain putih penutup jasadnya pun orang lain yang membelikannya. Dan ironisnya, dia akan dihukum dan diseksa atas setiap dirham yang dia dapatkan tetapi tidak dikeluarkan untuk berzakat.
 "Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya” (al-Humazah;3)

 ~ Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni ~
    Buku; Pengalaman Adalah Guru Terbaik (Al-Hidayah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan