Selasa, 16 Julai 2013

Jangan Harapkan Ucapan Terima Kasih

Ada seorang soleh telah memberi sepiring makanan yang sangat lazat kepada seorang yang buta. Keluarga orang soleh itu berkata; “bukankah orang buta ini tidak tahu apa yang dimakannya”. Orang soleh itu menjawab; “Tetapi, bukankah Allah mengetahuinya”

Jadikanlah amal perbuatan itu ikhlas hanya kerana Allah semata-mata dan jangan mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain! Jangan bersedih dan gelisah apabila kebaikan yang anda curahkan kepada orang lain justeru dibalas dengan celaan... atau tatkala “tangan putih” yang anda hulurkan dibalas dengan tamparan yang menyakitkan dan tidak menghargai kebaikan yang telah anda berikan. Kerana apa yang seharusnya anda tuntut hanyalah balasan pahala dari Allah.
Selama anda meyakini bahawa Allah selalu melihat dan mengetahui kebaikan yang anda lakukan, serta mengetahui keutamaan yang anda hulurkan, maka mengapa anda mengharapkan sesuatu daripada manusia?
Penyair berkata;
Siapa saja yang berbuat baik pasti ada pahalanya
Kerana hal itu adalah kebiasaan
Antara Allah dan manusia
Yang tidak pernah lenyap
~ Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni ~
Buku; La Tahzan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan