Isnin, 8 Julai 2013

Apakah Yang perlu Dibimbang?

Wahai anakku,
Kebimbanganmu tidak akan menghilangkan masalah pada hari besok. Sebaliknya ia hanya mencuri ketenanganmu pada hari ini.

Wahai anakku,
Apa yang perlu dibimbang sekiranya ada benda yang kamu boleh lakukan. Lakukanlah dengan terbaik tanpa putus asa dan berdoalah pada Allah untuk memberikan apa yang terbaik.

Wahai anakku,
Sebaliknya, apakah perlu dibimbang sekiranya tiada perkara lagi yang kamu boleh lakukan? Kerana itu bukan lagi masalah, tapi fakta kehidupan yang perlu diterima.

Senyum
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan