Khamis, 11 Julai 2013

Mendengar = 'Aku Tetap Setia, Aku Tetap Cinta'

Mendengar lebih sukar kerana ia bererti memberi perhatian, hati dan perasaan. Hanya orang yang pemurah sahaja sanggup berbuat demikian. Orang yang bakhil tidak akan sanggup. Sibakhil tidak akan sanggup memberi tumpuan, perhatian dan hatinya kepada orang lain.

Demikian dengan orang yang bersifat ego. Ia tidak sanggup mendengar ucapan orang lain, walaupun ucapan yang berguna. Dengan bercakap dan terus bercakap, dia ingin terus mendapat perhatian. Dalam suatu bentuk perhubungan, terutamanya dalam hubungan cinta... sikap memberi akan menyatukan. Sebaliknya, sikap hanya ingin menerima akan memisahkan.

Insya-Allah, dengan mendengar, anda seolah-olah terus berkata; “Aku tetap setia, aku tetap cinta”
~ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ~ (Cinta Kerana Allah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan