Khamis, 4 Julai 2013

Kesusahan ada Hikmah

Ujian kesusahan daripada Allah ada hikmahnya.

1. Bagi mereka yang tidak lagi boleh menahan dan bersabar dengan ujian tersebut, mereka akan putus harapan pada manusia kerana merasakan tiada siapa lagi yang boleh dia bergantung harap. Kesan daripada itu, hatinya akan bergantung kepada Allah sahaja untuk menyelamatkannya.

2. Bagi mereka yang beriman, dan merasakan kelegaan kepada kesusahan itu lamb...
at tiba, mereka akan mula mempersoalkan diri mengapa doa mereka tidak diterima Allah.

“Adakah diriku tidak layak untuk mendapat pertolongan daripada Allah?”

Persoalan pada diri dan insaf ini akan menyebabkan seseorang itu sedar dan terima kekurangannya dan mengaku bahawa sesemangnya dia patut dihukum dan doanya tidak dimakbul.

Kedua-dua situasi di atas akan menguatkan iman kita – dan apabila itu berlaku, doa kita akan dimakbul dan awan gelap yang mengeliling kita akan hilang. InshaAllah.

Oleh itu, ingatlah Allah selalu, waktu susah mahupun senang. Dan Senyum.
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan